eBazar Ramadhan MPHTJ

SYARAT PENGHANTAR MAKANAN eBAZAR RAMADAN MPHTJ

SYARAT PENGHANTAR MAKANAN eBAZAR RAMADAN MPHTJ

1.Pendaftaran  :Pendaftaran melalui pautan http://ammphtj.gov.my/ebazar
2.Saringan Kesihatan  :Semua penghantar dikehendaki telah menjalani Ujian Saringan Tanda dan Gejala COVID-19 dan suntikan Anti-Tifoid di Klinik Kesihatan.  
3.Maklumat Peribadi Penghantar Makanan    :Setiap penghantar perlu memiliki jenis kenderaan, no plat kenderaan, lesen memandu dan insurans yang sah.
4.Tempoh Kelulusan:Bermula dari tarikh kelulusan yang diberikan sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau tertakluk arahan Kerajaan Negeri atau Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).  
5.Masa Penghantaran:Penghantaran Makanan / Minuman : 4 petang hingga 7 petang Lain-Lain Penghantaran : Mengikut Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  
6.Jarak Penghantaran:Jarak penghantaran yang dibenarkan adalah tidak melebihi 10 km.  
7.Tatacara Penghantaran  :Memastikan kenderaan yang digunakan bagi tujuan penghantaran berada dalam keadaan baik;   Menjalankan proses sanitasi pembasmian kuman bagi kotak / beg penghantaran setiap hari mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia;   Memastikan kebersihan diri dan bebas daripada segala penyakit   Mengamalkan tatacara pencegahan COVID-19 seperti berikut:-Memakai penutup muka (face mask);Menggunakan hand sanitizer sebelum dan selepas penghantaran; dan Mengamalkan social distancing dengan jarak selamat sekurang-kurangnya 1 meter.  
8.Pembatalan Kelulusan:Kelulusan penghantaran ini akan terbatal sekiranya didapati maklumat yang diberikan adalah tidak benar dan melanggar mana-mana syarat seperti di atas.   Pihak MPHTJ tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk kemalangan, kerugian dan lain-lain kerosakan yang berlaku oleh pemohon yang telah diberi kelulusan.  
9.Caj Pendaftaran:Tiada Caj Pendaftaran dikenakan.