eBazar Ramadhan MPHTJ

SYARAT PENIAGA eBAZAR RAMADAN MPHTJ

SYARAT PENIAGA eBAZAR RAMADAN MPHTJ

1.Pendaftaran Peniaga  :Pendaftaran melalui pautan http://ammphtj.gov.my/ebazar
2.Saringan Kesihatan  :Semua pengendali makanan dikehendaki telah menjalani Ujian Saringan Tanda dan Gejala COVID-19 dan suntikan Anti-Tifoid di Klinik Kesihatan serta mengemukakan bukti menghadiri Kursus Pengendalian Makanan.  
3.Tempoh Perniagaan  :Sepanjang Bulan Ramadan Tahun 2020.   Waktu perniagaan adalah mengikut arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau tertakluk arahan Kerajaan Negeri atau Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)  
4.Tempoh Kelulusan:Bermula dari tarikh kelulusan yang diberikan sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau tertakluk arahan Kerajaan Negeri atau MPHTJ  
5.Tatacara Penyediaan Makanan:Masa penyediaan makanan hendaklah mengikut tempahan yang diterima dan dihantar terus kepada pembeli menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);   Tidak digalakkan menyimpan makanan terlalu lama bagi mengelakkan makanan basi atau rosak;   Memastikan segala perkakas dan peralatan yang digunakan bagi penyediaan makanan dan minuman dalam keadaan baik dan bersih;   Mengamalkan pengendalian makanan  yang mematuhi garis panduan kesihatan dan kebersihan makanan;   Memastikan kebersihan diri dan bebas daripada segala penyakit; dan   Mengamalkan tatacara pencegahan COVID-19 seperti berikut:Memakai penutup muka (face mask);Menggunakan hand sanitizer sebelum dan selepas berurusan dengan penghantar makanan; dan Mengamalkan social distancing dengan jarak selamat sekurang-kurangnya 1 meter.  
6Kaedah Urusniaga Pembayaran :Pembayaran secara atas talian (online payment); atau   Pembayaran menggunakan aplikasi e-wallet (Boost, Touch N Go eWallte, dll); dan   Bayaran Tunai semasa penghantaran adalah tidak digalakkan.  
7.Urusan penghantaran makanan:Menggunakan aplikasi elektronik e-hailing (Food Panda / Grab Food); atau   Menggunakan perkhidmatan penghantaran yang berdaftar dengan PBT.  
8.Pendaftaran Penghantar Makanan (Runner/Rider) Peniaga  :Peniaga boleh mendaftarkan dua (2) orang penghantar makanan (Runner / Rider) yang berdaftar dengan PBT bagi tujuan penghantaran makanan kepada pembeli
9.Pembatalan Kelulusan:Kelulusan lesen perniagaan akan terbatal sekiranya didapati maklumat yang diberikan adalah tidak benar dan melanggar mana-mana syarat seperti di atas.   Pihak MPHTJ tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk kemalangan, kerugian dan lain-lain kerosakan yang berlaku oleh pemohon yang telah diberi kelulusan.  
10.Caj Pendaftaran:Tiada Caj Pendaftaran dikenakan.